HUKUM BERPUASA

Hukum meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran adalah dosa besar. Puasa di bulan Ramadhan adalah satu dari rukun Islam dan sesiapa yang mengingkari kewajipannya, akan menjadi kafir dan disuruh taubat seperti orang murtad. Jika tidak mahu bertaubat, dia hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memeluk agama Islam dan tidak tinggal jauh dari ulama'.